Thursday 25 September 2014

Kita yang berubah?

Pernah atau tidak kita yang dahulunya sangat menyukai aiskrim, tetapi kini kita rasa kita menyukai coklat pula? Ya, kadang-kadang kegemaran kita sendiri pun boleh berubah ubah walau bertahun-tahun kita makan tanpa jemu. Tapi kini? Haha. Kalau lah setiap benda sekecil itu sekalipun kita boleh berubah, inikan pula rasa sayang pada seseorang yang jelas sekali mereka pun berubah-ubah . Jangan cakap tidak, jangan pula sesekali tidak mengaku. Kerana ini realiti. Kamu kata kamu sayang dia, terima segala kekurangan dia, tapi kenapa akhirnya kamu yang mengalah? Kamu yang pergi?, Itu bukan cinta. Itu bukan sayang. Itu satu kompromi.
Dan kadangkala juga, pada asalnya kita beritahu satu alam, yang warna kegemaran kita adalah merah, sedangkan hampir semua pakaian, barang-barang peribadi kita berwarna ungu?  Ya, benar, kamu sebenarnya tidak meminati merah, kamu hanya suka melihat, bukan memiliki. Sedangkan ungu itu seperti 'pakaian personaliti' pada kamu tapi kamu tak pernah perasan bukan?
Nah, manusia.. cuba kamu renungkan seketika pada pilihan yang aku cuma sampaikan. Kadang-kadang kamu hanya inginkan yang terbaik, yang sebenarnya kamu tidak teringin untuk miliki pun, sedangkan kamu sebenarnya punya pilihan yang kamu sendiri tidak sedar bahawa kamu TELAHPUN MEMILIH.
Tapi sayangnya, kamu mana nak perasan kan?

Manusia berubah sayang, dari cinta jadi benci, dari kawan jadi musuh dan sebaliknya . Bukan salahmu sahaja jika dia begini dan bukan salahnya sahaja jika dia begitu. Renungkan setiap apa yang kamu buat sebelum kamu buat sebarang keputusan. Kita kadangkala suka, jadi tak suka, ya, tahu.. tapi cuba untuk menghargai. Sikit pun jadi lah.

-mya-

No comments:

Post a Comment