Monday, 24 November 2014

Tuhan itu ada

Pernah fikir tak?
Kenapa Tuhan beri ujian?
Pernah rasa tak?
Sakitnya sebuah pengorbanan?
Pernah putus asa tak?
Bila kecundang tengah jalan?

Kita selalu fikir kita lah yang teraniya. Kitalah yang Tuhan beri ujian seberat- berat alam. Kitalah yang selalu menjatuhkan air mata demi sebuah kesakitan.

Tapi...
Cuba kita sedar diri sekejap, renung diri , adakah kita sahaja yang terima semua ujian? Orang lain tidak?

Kita kadangkala lupa, Tuhan itu adil. Kalau kita rasa kita lah yang teratas, ada lagi yang tertinggi. Jika kita rasa kita yang terbawah, ada lagi yang terendah.

Ujian setiap manusia itu ada beza. Manusia itu tak sama kekuatannya.
Semakin berat ujian, semakin kita menjadi kuat.

Jangan putus asa. Walau untuk menyelesaikannya mengundang beribu kali luka, membazirkan limpahan air mata.

Tak apa!

Teruskan perjuangan. Jangan mengalah dengan hidup. Tuhan beri kita ujian kerana dia ada, kerana dia beri kita rasa nikmat Nya dengan cara berbeza. Kerana dia tahu kita lah yang layak untuk nya.

Jangan putus asa.

Selagi kita tahu.

Tuhan ada.

-mya-

Friday, 7 November 2014

Malaysia. Konspirasi dan realiti.

Dunia banyak dikejutkan dengan rumors about flight MH370, MH17, transgender issues, fight about kalimah Allah, kes liwat Syaiful Bukhari and Anwar Ibrahim ( i hope i get the name correctly) and a lot of things yang aku rasa melampau
Oh ye, kenaikkan harga minyak!

Bukannya nak menyebelahi mana-mana parti politik , cuma aku banyak dengar luahan-luahan mereka yang tak puas hati dengan isu kenaikkan harga, GST and so on.

Paling menyedihkan, kebebasan bersuara disekat walau pada zahirnya ia
menampakkan sebaliknya.

Konspirasi MH370 pun masih lagi belum terungkai walaupun aku ada baca satu blog yang menyakinkan aku kisah sebenar MH370 . Tahniah aku ucapkan kepada blogger tersebut kerana merungkaikan segalanya beserta bukti. Good job bro!

Malaysia di ambang kejatuhan?

Kita ada mata, ada telinga, ada akal dan fikiran, kita boleh fikir sendiri kan?

Kita boleh fikir kenapa setiap perkara yang kita nak tahu, yang kita selidik, akan disekat.

Kita boleh fikir kenapa ulama di malaysia di dihina, di fitnah dengan cara paling tak bermoral kan?

Kita boleh fikir kenapa minyak naik sedangkan minyak dunia tidak mengalami kenaikkan kan?

Kita boleh fikir kenapa GST dilaksanakan atas alasan yang tak munasabah kan?

Kita boleh fikir kenapa penuntut uni tersebut berdepan dismissal kerana menunjukkan sokongan pada pihak yang lain kan?

Mana hak bersuara mereka?
Ya mungkin mereka dibenarkan bersuara.
Tapi adakah suara mereka di dengari?
Ada ke?

Mana janji janji seindah pelangi?
Atau hanya direka ?

Why pay in planet we were born on?

The people dont know their true power.

Thursday, 25 September 2014

Kita yang berubah?

Pernah atau tidak kita yang dahulunya sangat menyukai aiskrim, tetapi kini kita rasa kita menyukai coklat pula? Ya, kadang-kadang kegemaran kita sendiri pun boleh berubah ubah walau bertahun-tahun kita makan tanpa jemu. Tapi kini? Haha. Kalau lah setiap benda sekecil itu sekalipun kita boleh berubah, inikan pula rasa sayang pada seseorang yang jelas sekali mereka pun berubah-ubah . Jangan cakap tidak, jangan pula sesekali tidak mengaku. Kerana ini realiti. Kamu kata kamu sayang dia, terima segala kekurangan dia, tapi kenapa akhirnya kamu yang mengalah? Kamu yang pergi?, Itu bukan cinta. Itu bukan sayang. Itu satu kompromi.
Dan kadangkala juga, pada asalnya kita beritahu satu alam, yang warna kegemaran kita adalah merah, sedangkan hampir semua pakaian, barang-barang peribadi kita berwarna ungu?  Ya, benar, kamu sebenarnya tidak meminati merah, kamu hanya suka melihat, bukan memiliki. Sedangkan ungu itu seperti 'pakaian personaliti' pada kamu tapi kamu tak pernah perasan bukan?
Nah, manusia.. cuba kamu renungkan seketika pada pilihan yang aku cuma sampaikan. Kadang-kadang kamu hanya inginkan yang terbaik, yang sebenarnya kamu tidak teringin untuk miliki pun, sedangkan kamu sebenarnya punya pilihan yang kamu sendiri tidak sedar bahawa kamu TELAHPUN MEMILIH.
Tapi sayangnya, kamu mana nak perasan kan?

Manusia berubah sayang, dari cinta jadi benci, dari kawan jadi musuh dan sebaliknya . Bukan salahmu sahaja jika dia begini dan bukan salahnya sahaja jika dia begitu. Renungkan setiap apa yang kamu buat sebelum kamu buat sebarang keputusan. Kita kadangkala suka, jadi tak suka, ya, tahu.. tapi cuba untuk menghargai. Sikit pun jadi lah.

-mya-

Sunday, 15 June 2014

Warkah buat abah

Abah...
Dah terlalu lama rasanya ayu tak jenguk abah kan? Ayu disini baik baik sahaja. Mungkin juga ayu teruskan hidup dengan sebaiknya. Walaupun kadangkala ayu jatuh tersungkur dengan penerimaan dunia , dengan rintangan kehidupan, tapi ayu harap ayu boleh hadapi semua yang ada. Demi untuk mama.

Abah..
Ingat tak lagi sewaktu ayu memaklumkan pada abah bahawa ayu ingin ke kelas agama ketika darjah 4? Tak abah, ayu tipu abah, aku tak ke kelas agama, ayu ada pertandingan nyanyian. Ayu tahu abah tak suka, sebab tu ayu tak berani nak memaklumkan pada abah. Tapi ayu tak sangka, sehingga habisnya hayat, aku tak pernah sempat memberitahu kebenaran ini.
Ayu minta maaf abah.
Abah ingat tak sebelum abah ke tempat kerja, abah selalu belikan nasi bungkus disertakan dengan nota 'p/s to puteri ayu yang cantik' setiap hari tanpa rasa jemu. Tapi abah, ketika itu ayu selalu rasa kenyang kerana makan di sekolah, jadi ayu buang sahaja nasi itu. Ayu tak sangka ianya akan jadi makanan berserta nota paling ayu rindu dalam hidup ayu. Maafkan ayu abah.
Abah ingat tak sebelum ke sekolah, abah selalu letakkan perfume kesukaan abah di cuping telinga ayu walaupun ayu menolak.Bila ayu tanya kenapa, abah selalu jawab' nanti ayu wangi, baru la ramai kawan'. Ayu tak tahu suatu hari nanti rupanya wangian tu tak pernah akan ayu hidu lagi.
Abah ingat tak dulu bila ayu makan ikan, ayu paling benci jika adanya telur ikan. Tapi abah selalu cakap ' jika ada telur dalam ikan, maksudnya abah selalu sayang ayu' ya abah, ayu percaya kata kata itu. Sehinggalah ayu dewasa kini, ayu masih tersenyum sendiri jika adanya telur ikan, kerana ayu tahu abah selalu sayangkan ayu.

Abah ingat tak ketika abah menyatakan bahawa abah sangat menyayangi sebuah diari kosong tahun 1980? Tapi akhirnya abah berikan pada ayu. Bila ayu tanya kenapa, abah cakap kerana abah lebih sayangkan ayu dari diari ni.

Abah.....
Momen itu takkan pernah luput dari fikiran. walaupun abah tak pernah sempat lihat ayu melangkah ke universiti, walaupun ayu takkan pernah sempat membawa abah ke dewan konvo, tapi ayu tahu, abah sebahagian dari ayu.

Abah...
Kami sekeluarga sihat dan gembira. Kami selalu merindui abah. Walaupun ayu tak dapat lihat abah sekarang, abah sentiasa ada dalam hati ayu. Ayu sentiasa kuat untuk hidup yang mendatang.

Abah...
Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk ciuman di pipi setiap kali ke sekolah selama 6 tahun. Terima kasih untuk beratus ratus nota yang mengatakan bahawasanya anak perempuannya ini sangat cantik pada matanya. Terima kasih kerana berikan momen indah untuk hanyat anakmu ini. Sesungguhnya abah , ayu menyayangimu hingga akhirat. Moga kita berjumpa di sana suatu hari nanti abah. Ku doakan semoga rohmu di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan aku suatu anugerah terindah yang tak mungkin aku lupakan.

Selamat hari bapa untuk abah, untuk semua bapa di dunia ini. Moga hargailah mereka. Walaupun aku punya bapa di alam yang berbeza, namun sayang itu tiada sempadan.Walau perjumpaan kami di pusara cuma.

ku coretkan kata-kata bukan lah sebuah cereka. Ini antara keratan hidup aku dan abah. Kenangan manis bagiku yang tak mungkin hilang walau jasad dan nyawa jadi sempadan. -mya-

Saturday, 31 May 2014

Aku kah yang salah?

Dalam hidup, kerapkali aku mempunyai pilihan yang pelbagai. Namun kerapkali juga aku pilih kerana hati. Aku cuma seorang manusia biasa. Yang mana kebaikkan dalam diri sekelumit cuma. Yang mana keikhlasan yang bersemi hanyalah dari kekuatan kekuatan fizikal yang hakiki. Dan kadangkala aku rebah. Aku meng-andai kan penerimaan itu menyeluruh. Namun aku alpa, aku leka. Tidak pernah ku fikirkan gimana kehidupan dalam perjalanan panjang. Ku hanya fikirkan separuh perjalanan yang padaku begitu indah dengan buaian sayang. Bagai mana harus aku menidakkan takdir?Bagaimana aku boleh memesongkan rasa? Bagaimana aku boleh menempuh perjalanan duniawi yan penuh duri tumpul tapi berbisa? Lalu salahkah aku mementingkan diri? Salahkah jika aku pergi lalu tak mungkin berpaling lagi? Jika aku munafik kehinaan diri, lantas mengapa sayang tak pernah ku akui? Lalu aku kah lagi yang bersalah? Jika kehidupan indah persis abadi yang ku cari? Jika cinta penuh keikhlasan yang ku nanti?

Aku punya hati, aku punya jiwa, aku insan biasa. tapi mengapa insan mengharapkan aku seperti malaikat tiada dosa? Seperti si sempurna tiada cela? Aku kalah. Aku kalah. Aku tak mungkin menang dalam pencarian jiwa. Aku tak mungkin hidup dalam kemanisan cinta...

Aku cuma insan biasa. Lalu salahkah?

Sunday, 4 May 2014

Kesan GST terhadap kos sara hidup di Malaysia

Sekarang ni, pelaksanaan GST hangat deperdebatkan di negara kita. Oleh itu aku sertakan satu artikel yang agak menarik oleh Dr. Mohd Nazari Ismail dan Ahmad Nizam bin Samsudin mengenai GST. Diharapkan semua yang membaca mendapat manfaat dan menilai mana yang baik mana yang buruk, kekurangan dan kelebihan GST ni. Good luck reading!

Pengenalan dan Latarbelakang

Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan penghapusan Sales and Services Tax (SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan kewangan kerajaan adalah tenat. Ini terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah agensi ‘Rating’ menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif’ pada bulan Julai 2013.

Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan rakyat di masa akan datang.

Percukaian di Malaysia – SST dan GST

Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat,akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai dalam bentuk SST yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan semenjak tahun 1972 lagi. Beza antara GST dan SST ialah GST adalah cukai nilai tambahan atau ‘value added tax’ (VAT) yang dikenakan bagi setiap urusniaga yang berlaku. Kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan menentukan berapa banyak cukai yang ditanggung oleh pengguna.

Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST. Semua perkhidmatan atau barangan yang tidak diumumkan sebagai “dikecualikan” akan dikenakan GST. Walupun GST akan dikenakan pada setiap peringkat urusniaga, namun pada akhirnya pengguna membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisma ‘Input tax credit’ dimana cukai yang dibayar oleh sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar. Di samping itu, hanya firma yang menjual barang atau perkhidmatan melebihi RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar untuk mengenakan GST.

Secara umumnya pakar-pakar percukaian di Malaysia bersetuju bahawa kaedah GST jika dilaksanakan akan membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukainya dalam jangka panjang. Namun mereka berbeda pendapat berkenaan kesannya kepada pihak pengguna.

Alasan utama kepada hujah yang menyatakan GST tidak membebankan rakyat ialah kadar yang dikenakan adalah rendah iaitu 6% sahaja. Di samping itu, 40 kategori barangan asas tidak akan dikenakan cukai langsung. Ini termasuk beras, gula, susu tepung dan gandum. Di samping itu juga perkhidmatan yang diklasifikasikan sebagai penting seperti perkhidmatan kesihatan adalah dikecualikan dari cukai. Lagipun pelaksanaan GST juga bermakna SST akan dihapuskan. Akibatnya bagi sesetengah keluaran harga mungkin akan menurun kerana penghapusan cukai SST.  Ini kerana di bawah sistem SST sedia ada, pengguna bukan sahaja membayar cukai jualan, bahkan dalam kes minuman berkarbonat di hotel sebagai contoh, pengguna juga dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula.
Sebaliknya masalah cukai berganda ini tidak akan berlaku di bawah sistem GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel.

Namun terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa ada beberapa aspek pelaksanaan GST yang akan menghasilkan keadaan di mana harga barangan akan meningkat. Hujah utama mereka ialah dengan pelaksanaan GST, walaupun kadar cukai adalah lebih rendah dan banyak barangan dan keperluan asas adalah dikecualikan dari cukai, namun skop GST adalah lebih besar kerana melibatkan banyak aktiviti urusniaga. Sebagai contoh kos menghasilkan alat keluaran seperti mesin, bahan pembungkusan, elektrik dan lain-lain semuanya akan dikenakan GST.  Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos akibat GST ini walaupun ianya melibatkan pengeluaran barangan asas.

Dalam erti kata yang lain, walaupun kadar cukai 10% sekarang (iaitu cukai jualan) akan dikurangkan menjadi 6% dibawah GST, hakikatnya sekarang hanya 6-7 perkhidmatan harian yang dikenakan cukai dan hanya 10–15 barangan harian yang digunakan dikenakan cukai. Namun di bawah sistem GST nanti 90% dari barangan dan perkhidmatan harian dikenakan cukai, walaupun pada kadar yang lebih rendah. Jadi, bebanan rakyat seharian menjadi semakin tinggi kerana semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai.

Kos melaksanakan GST (seperti mencetak invois baru, membayar akauntan, kursus dan lain-lain) dianggarkan mencecah RM15,000 setahun bagi setiap syarikat. Perbelanjaan ini akan dimasukkan di dalam kos yang akan menaikkan harga. Ini akan memberi kesan kepada peningkatan harga sesuatu barang.

Akhir sekali apabila GST dilaksanakan nanti, 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai kerana pendapatannya rendah, perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. Malah, mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah. Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada.

Berdasarkan perbincangan di atas, tidak hairanlah kenapa wujud perbedaan pendapat berkenaan sama ada GST akan meningkatkan kos kehidupan rakyat atau tidak.
Walau bagaimana pun kami berpendapat bahawa pandangan yang menyatakan bahawa pelaksanaan GST tidak akan menghasilkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah tidak meyakinkan. Sebaliknya kami merasakan bahawa kenaikan harga asas masih akan pasti berlaku akibat fenomena kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang menyeluruh di dalam pasaran. Cuma kadar kenaikan harga mungkin tidak berapa tinggi buat masa terdekat memandangkan kadar cukai yang ditetapkan adalah hanya 6% buat masa ini.

Di samping itu, sistem GST yang memerlukan pengiraan cukai input dan output yang lebih teliti oleh peniaga akan menyukarkan mereka dalam memberi fokus kepada perniagaan utama mereka. Masalah kurang ketelitian cukai input dan cukai output ini mungkin akan menyebabkan peniaga lebih sukar untuk menganggar kos sebenar perbelanjaan perniagaan mereka dan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka. Tambahan pula kos hal pentadbiran bagi mengurus pelaksanaan GST akan bertambah dan ini juga akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan. Akhir sekali, jika kadar cukai GST dinaikkan lagi (dari kadar 6% sekarang) dan melibatkan banyak lagi kategori barangan dan perkhidmatan, maka kos kehidupan rakyat sudah tentu akan meningkat lagi.

Rumusan

Pelaksanaan cukai SST atau GST sebenarnya tidak akan mampu menyelesaikan  masalah kewangan kerajaan serta masalah kenaikan harga barangan. Ini kerana punca kepada masalah adalah kombinasi banyak faktor termasuk sistem Riba yang diamalkan di negara kita serta perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal akibat amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan amalan korupsi yang berleluasa.

Oleh kerana itu kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada usaha mengawal perbelanjaannya dengan menghapuskan amalan pembaziran dan amalan korupsi. Disamping itu kerajaan dan rakyat juga mesti mengorak langkah untuk membersihkan segala bentuk amalan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan negara demi kesejahteraan masyarakat dalam jangka panjang.

 

Artikel khas oleh Unit Penyelidikan IKRAM

 

[1] Profesor di Jabatan Dasar dan Strategi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya

[2] Akauntan Bertauliah (M) dan Pengarah Hazi and Nizam Corporate Services Sdn. Bhd.

[3] https://www.fitchratings.com/gws/en/fitchwire/fitchwirearticle/Malaysia-Budget-Signals?pr_id=806210

 

Friday, 18 April 2014

Cinta yang tak mungkin bersatu

Dia mengengam sehelai daun kering yang rapuh, yang mana kerapuhannya bagaikan debu debu yang menghilang ditiup sisiran angin yang menyapa wajah. Mungkin dia terluka. Mungkin juga dia terpaksa terluka. Dia meneruskan langkah dengan biasan kotak memori yang bercantum menjadi sebuah cerita duka dan perih. Ya, terlalu perih untuk diceritakan dengan kata kata. Walau dikumpulkan segenap perkataan, adakah mampu cerita duka itu menjadi indah persis moment kebahagiaan abadi ? Mungkin tidak. Kerana dia bukan memilih untuk terluka. Dia hanya memilih untuk bahagia dengan membahagiakan insan lain. Lalu berbaloi kah pengorbanan ini demi insan lain yang mana mungkin dia lukakan?

Lalu dia mengorbankan sebuah cinta. Mungkin cinta itu bukanlah kisah cinta agung untuk ditatapi, namun ini kisah cinta dia. Kisah cinta dimana korban cinta itu rela walau terluka. Kisah cinta dimana sakitnya tak mungkin biasa. Kisah cinta dimana air mata menjadi saksinya. Kisah cinta dimana pengorbanan yang menjadi taruhannya.

Setiap langkah yang diaturkannya mungkin terlalu berat. Mungkin juga dia tidak mampu. Tapi dia tahu, walau kisah ini tidak punya penghujung yang indah, namun dia redha. Ketentuan yang Esa adalah segalanya. Dia memandang ke langit, kelabu. Awan mungkin tak berpihak pada dirinya. Di tangan nya, dia mengengam warkah yang ditinta indah. Mungkin warkah untuk terakhir kali padanya. Dibaca dengan juraian air mata walau dia berikrar air mata itu tak mungkin tumpah untuk sekian kalinya.

Tinta ini bukan untuk kau meratapi sayang, tinta ini hanya untuk kau memahami. Walau cinta kita tiada penghujung nan indah, aku redha atas segala yang pasti. Kuatkan semangatmu demi kita. Mungkin sinar itu bukan denganku, mungkin kebahagian itu bukan denganku, mungkin kasih itu bukan denganku. pergilah sayang, pergilah mencari nilai pengorbanan ini..ku mencintaimu dunia dan akhirat

Itu kisah mereka. Dimana kita sendiri tidak tahu penghujung yang pasti. Namun ku berdoa moga mereka mendapat kebahagiaan yang pasti. Walau cinta itu tidak bersatu

Sunday, 6 April 2014

garisan diantara dua

manusia dipisahkan antara satu garisan nipis. dan hanya itu yang membezakan mereka. kadang-kadang kita tak pernah sedar kenapa kita berubah, kenapa kita di sini dan kenapa kita melakukannya. ya, perubahan memungkinkan sesorang untuk berubah ke arah yang baik atau sebaliknya. banyak perkara yang berlaku sepanjang ketiadaan aku di alam maya ni. busy dengan assignment, busy dengan exam dan busy dengan hati. 

aku mungkin tidak matang . tapi aku rasa pengawalan emosi aku setakat ni masih boleh dipuji. walaupun aku kadangkala tersasar, tapi, who's care? they dont even care. aku cuba mengatasi konflik yang ada dalam diri. lalu salahkah jika aku berubah kepada yang lebih baik, yang lebih tenang? 

mungkin salah, mungkin tidak. mereka mengadili, aku yang merasai. 

mereka mencemuh, mereka memaki, tapi aku tetap di sini

MYA

Monday, 27 January 2014

derita itu milik siapa?

bila terbitnya satu perasaan ,
yang dipaksi bersama kenangan nan silam,
adakah mampu untuk aku memadamkan,
sebuah kisah cinta yang tumbuhnya benih benih bukti?
dan adakah aku mampu,
untuk ku hilangkan walau dalam ilusi,
cerita yang bukan rekaan indah benak ini.

aku cuma inginkan sebuah pengertian,
pengertian tentang kesudahan dan keadaan,
pengertian tentang kebenaran yang dilarikan jauh dari kenyataan diri,
pengertian tentang perasaan dan kronologi,
dan penantian tentang diri.. ya. hanya diri

siapa yang mampu walau menjeling tajam ke arah itu,
sedangkan jari tetap ditundingkan ke arah aku,
hati hanya mampu menghakis,
sehingga ia benar benar menipis,
lalu kebalkah perasaaan?
andai itu takdirnya kenyataan?

tolonglah wahai hati,
benarkan aku bahagia mencari yang pasti,
tolonglah wahai akal,
benarkan aku menjadi si kuat yang tak mudah rebah di kala mengharungi jalan nan kelam,
tolonglah wahai si air mata,
janganlah terlalu kau bermurah sehingga kelemahan terpancar walau aku sedang menjadi kuat.

bukan ku pinta,
calar calar ini yang hanya aku membakar diri
dan kadangkala hanya aku yang merasai.
lalu derita ini untuk siapa?
dan tetap untuk siapa?

maafkan aku, ku tinta sebuah coretan hanya untuk ku lega kan sanubari.
moga tiada yang membenci,
walau jari itu tetap ditundingkan pada aku.
walau ku hanya ingin coretkan sebuah cinta
dan lakaran yang ku coret..
moga-moga tiada lagi airmata yang tumpah meski ku berjanji,
kolam kolam deritaku bukan untuk mereka adili.


-M.Y.A-



Friday, 17 January 2014

there's a time when..........

there's a time when you just wanna find out why you're here and what should you do next. there's a time when things goes wrong and you realize it every night. and there's a time when you crying and nobody there.

i really love being me. and i'm so into it. but there's a time when i realize i'm not so perfect to be someone that they like. i'm troublemaker, sometimes i repeat a same mistake, i keep yelling to others just to tell them that i'm not satisfied, i cry a lot just want them to know that i'm  not heartless. but, there's a time when they don't really know you well, a time when you'll became complete loser, and a time they don't give what you want. and all that you want just ATTENTION! isn't it?

there's a different between being human and other creatures. at least you have your own emotion even you don't have any speciality on it. there's a time they don't understand why you make this and that, and you may disappointed with all their reaction.

i also don't know what i'm gonna focus on this entry or what this is about. i really don't know. but there's a time when i just wanna typing it out and release all the matters that burden me much.


there's a time..